Kebaikkan bawang putih untuk lelaki dan wanita


Pasti ramai yang nak tahu, apakah kebaikan bawang putih dalam masakan dan juga perubatan? Kita singkap potensi bawang putih ini didalam artikel keluaran bidadari.my ini;


#1 Menghalang daripada Kanser Perut, Usus dan Usus Akhir

Bawang putih boleh membuatkan anda untuk mengelak daripada 3 kanser yang tidak diingini daripada berlaku ke atas diri anda. Tetapi, anda harus ingat! Supplement bawang putiih yang biasa dijual di farmasi sebenarnya tidak memberi apa apa kesan pun. Jadi, bukankah lebih baik jika kita mencarai bawang putih yang asli?

#2 Pencegah Demam
Anda boleh mengelakkan daripada demam dengan memakan bawang putih kerana bawang putih sangat kaya dengan Anti Oksidant. Jangan lupa untuk menambah lebih banyak bawang putih dalam makanan seharian anda selepas ini.

#3 Menstabilkan Gula Dalam Darah
Orang yang menghidap penyakit diabetes (Diabetic) ini akan mencari bawang putih kerana bawang putih boleh membantu menstabilkan kadar gula dalam darah mereka. Bawang putih akan membantu dalam meningkatkan pengeluaran insulin dan meningkatkan sensitivity insulin.

Bukankah ini cara yang mudah lagi murah untuk kesihatan anda?

#4 Mengatasi Masalah Jerawat
Jangan bimbang lagi kerana bawang putih ialah penyelasaian kepada masalah jerawat dan jeragat! Tetapi diingatkan, jangan terus meletakkan bawang putih ke muka kerana ia akan menyebabkan kulit anda pedih. Rendam dahulu bawang putih sebelum mengoles ke muka anda.

Jika anda ingin hasil yang lebih baik, letakkan sebelum tidur dan basuh muka anda pada keesokan paginya.

#5 Melebatkan Pertumbuhan Rambut
Ini merupakan satu daripada kegunaan bawang putih secara luaran. Memandangkan bawang putih mengandungi sulphur yang menjadi agen pelebat rambut, hanya letak bawang putih di sekitar kulit kepala anda dan urut dengan perlahan lahan.

Lebih murah dan mudah berbanding anda ke salon kecantikan bukan? Mengapa perlu membazir jika terdapat pilihan yang lebih murah

#6 Menghalang Parasit
Saintis mendapati orang yang mengambil bwang putih dalam diet seharian mereka kurang diganggu parasit berbanding mereka yang tidak mengambil bawang putih. Ini kerana bawang putih mempunyai antibiotik untuk menghalang parasit atau pun nyamuk daripada terus menggangu anda.

#7 Merawat Tekanan Darah Tinggi
Bagi penghidap penyakit darah tinggi, bawang putih mungkin menjadi rutin harian mereka. Dalam satu kajian yang telah dijalankan di UK, bawang putih juga dikenal pasti mampu mengurangkan diabetes dan penyakit strok.







0 comments: